Temasya Sukan Sabah (SAGA) Ke-10, Atlet Kontinjen Bandaraya Kota Kinabalu Terima Insentif Penghargaan
07 Mei 2024: Temasya Sukan Sabah (SAGA) Ke-10 yang berlangsung pada akhir tahun 2023 lalu telah menyaksikan kejuaraan kekal dipertahankan oleh kontinjen Bandaraya Kota Kinabalu dengan pungutan 87 pingat yang terdiri daripada 32 pingat emas, 25 pingat perak dan 30 pingat gangsa.
Insentif bernilai RM25,120.00 tersebut telah disampaikan oleh Encik Robert B. Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK merangkap Chef de Mission bagi kontinjen Bandaraya Kota Kinabalu mewakili Mayor, Dato' Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah.
Encik Robert B. Lipon berkata, kecemerlangan atlet kontinjen akan diteruskan dan dibawa dalam misi Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak, Oktober nanti.
Read more ...