38 Tan Sampah Sarap Berjaya Dilupuskan, Program "Kk Cleanup Day 2.0 : Pulau Gaya & Pulau Sepanggar" Mula Beraksi
06 Mei 2024: Sejumlah 38 tan sampah sarap berjaya dilupuskan dalam penganjuran hari pertama Program "KK Cleanup Day 2.0: Pulau Gaya dan Pulau Sepanggar", hari ini.
Jelas kelihatan usaha dan komitmen tinggi penduduk kampung yang terlibat dalam program yang akan berlangsung selama tiga (3) hari ini; iaitu Kg. Lok Urai, Kg. Kasuapan, Kg. Pulau Gaya Asli, Kg. Lobong dan Kg. Torong Logong di Pulau Gaya serta Kg. Pulau Sepanggar di Pulau Sepanggar.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua komuniti terlibat! Semoga semangat dan tindakan bersepadu ini berterusan sehingga ke penghujung program.
Jom beramai-ramai ikuti perkembangan semasa program di laman TikTok dan Facebook "KK Bersih Dan Hijau".