Restoran jadi Urungan Tikus Diarah Tutup
KOTA KINABALU: Sebuah restoran di Likas Plaza telah diarah tutup oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu setelah aduan diterima mengenai kehadiran tikus di premis berkenaan.
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK, Robert Lipon, beliau menerima aduan berkenaan dalam bentuk rakaman video yang menjadi viral melalui aplikasi WhatsApp. Pemeriksaan segera ke atas restoran tersebut telah dibuat sejurus menerima video berkenaan, katanya.