Laluan Masuk Jejantas Kk Skybridge Ke Pusat Beli-Belah Centre Point Sabah, Kini Dibuka
04 Mei 2024: Laluan masuk jejantas KK Skybridge ke Pusat Beli-Belah Centre Point Sabah dibuka kelmarin, 03 Mei 2024.
Pembinaan 'link bridge' atau jejantas penghubung ke bangunan Centre Point Sabah tersebut dibina oleh Centre Point Management Corporation bermula pada Jun 2022.
Perakuan penyiapan dan permohonan Sijil Menduduki (OC) hanya diterima daripads Konsultan Projek tersebut pada 02 Mei 2024 dan DBKK telah mengeluarkan Sijil Menduduki (OC) pada 03 Mei 2024.
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Dato' Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah berharap, dengan pembukaan jejantas menghubungi bangunan Centre Point Sabah itu akan memberi kemudahan yang lebih selesa dan selamat kepada pengunjung yang ingin ke pusat-pusat komersil sekitarnya seperti Asia City, Api-api Centre, Warisan Square dan Oceanus Mall; tanpa perlu melintas jalan raya.
Baca selanjutnya...