Unit Perolehan Kontrak dan Tender, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ditubuhkan pada Februari 2003. Sebelum penubuhan unit ini, segala urusan perolehan kerja, bekalan dan perkhidmatan samada sebutharga ataupun tender diuruskan oleh Jabatan Kewangan dan Belanjawan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. 

Oleh kerana keperluan untuk mematuhi prosedur dan mengurangkan ralat dalam pengurusan perolehan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, maka unit ini diwujudkan bagi mempastikan segala urusan dapat dilaksanakan dengan lancar dan lebih sistematik.

Tugas utama unit ini ialah mengurus perolehan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu bermula daripada penyediaan dokumen sebutharga dan tender sehinggalah kepada penyediaan arahan pembelian atau kerja serta dokumen perjanjian kontrak. Selain itu, unit ini juga bertanggungjawab melakukan pemantauan agar proses perolehan dapat dilaksanakan dengan lancar mengikut prosedur, teratur dan dalam tempoh yang ditetapkan. Dalam melaksanakan proses perolehan, unit ini mengamalkan prosedur perolehan kerajaan samada mengikut prosedur Kerajaan Negeri Sabah mahupun Kerajaan Persekutuan.

Selaras dengan keperluan organisasi bagi memantapkan pengurusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu demi untuk mencapai Visi dan Misinya, Unit Perolehan Kontrak dan Tender dinaiktaraf menjadi Jabatan Perolehan Kontrak dan Tender berkuatkuasa 1 September 2018 dan ditukar nama kepada Jabatan Perolehan pada 22 Januari 2024.


FUNGSI JABATAN

  1. Pengurusan Perolehan DBKK (Sebut Harga, Tender, Lantikan Terus dan Kontrak)
  2. Pendaftaran Kontraktor
  3. Urus setia Pemantauan Projek dan Pelaporan