KOTA KINABALU: Selaras dengan pembukaan tempat letak kereta bertingkat di Terminal Bas KK Sentral yang baharu, orang ramai adalah digesa untuk mengambil peluang dan menggunakan ruang letak kereta yang ada.
Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan dan Trafik DBKK, Kalvin Liaw, sejumlah 391 lot letak kereta disediakan di ruang letak kereta bertingkat tersebut.  Bayaran parkir adalah RM3.00 sekali masuk sehari (Isnin-Jumaat), RM2.00 sekali masuk sehari (Sabtu, Ahad dan cuti umum) atau pas bermusim RM100 sebulan.


Beliau turut menambah bahawa perkhidmatan City Bus juga akan memulakan laluan baharu antara Terminal Bas KK Sentral (KKS) dan Hospital Queen Elizabeth bermula 01 Julai 2017. City Bus akan memulakan perjalanan pada jam 6.00 pagi dari terminal bas KKS dan bas terakhir pada 10.00 malam dari Hospital Queen Elizabeth. Kekerapan perkhidmatan adalah setiap 30 minit bergantung kepada keadaan trafik.  Selain itu, tambang bas yang dikenakan ialah RM1.00 bagi setiap perjalanan. Kadar tambang ini merupakan ‘flat rate’ pada setiap perhentian sepanjang laluan KKS-HQE-KKS.
Terminal Bas KK Sentral ini adalah salah satu daripada empat terminal bersepadu yang dicadangkan di dalam Pelan Induk Pengangkutan Awam Bandaraya Kota Kinabalu (Kota Kinabalu Public Transport Master Plan). Memandangkan tiga terminal yang lain iaitu Terminal Bersepadu Selatan (Kepayan), Terminal Bersepadu Utara (Inanam) dan Terminal Bersepadu Timur (Penampang) masih belum dibina, stesen bas sementara di hadapan Marina Court/Hotel Promenade dan Bandaran Berjaya masih lagi beroperasi seperti biasa.
Oleh itu, orang awam boleh ke Terminal Bas KK Sentral  menggunakan perkhidmatan City Bus yang beroperasi dalam kawasan Pusat Bandaraya (Central Business District) dan ke Hospital Queen Elizabeth.


FB Rasmi

LogoAntiKutuSampahRekaDBKK

Info Semasa

Kepada Pengguna e-Cukai DBKK,

BERITA BAIK!  e-Cukai DBKK versi IOS boleh didapati sekarang dari Apple App Store.

Dear e-Cukai DBKK User,
GOOD NEWS!  e-Cukai DBKK IOS version is now available on Apple App Store.


Harap maklum dan terima kasih.

 

Jabatan Teknologi Maklumat DBKK
-------------------------------------------------------------------------------

E-CUKAI

Manual E-Cukai ->klik untuk muat turun

Brosur E-Cukai ->klik untuk muat turun

Statistik Pengunjung

1786
Hari IniHari Ini465
SemalamSemalam300
Minggu IniMinggu Ini385
Bulan IniBulan Ini1521
Jumlah PelawatJumlah Pelawat1786

Hubungi Kami

DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
No.1, Jalan Bandaran,
88675 Kota Kinabalu, Sabah.

Talian Am: 088-521800
Fax: 088-219175


Tingkat 7,
Bangunan Centre Point Sabah 
88000 Kota Kinabalu

Talian Am: 088-244000
Fax088-231004

Aduan Awam: 
       088-210011 
       010-2222000 (WhatsApp)

 E-mel:
webmaster@dbkk.sabah.gov.my

Aplikasi DBKK eCukai

dbkkecukai