Pada 27hb November 2023 (Isnin), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah menerima Sijil Penghargaan di atas usaha-usaha ke arah mencapai Kawasan Berisiko Rendah (KBR) Penyalahgunaan Dadah Tahun 2023 utk Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) Likas.

DBKK dan Pejabat Daerah Keningau adalah 2 penerima dari Negeri Sabah pada malam tersebut.

Sebelum ini sebanyak 19 KBT telah dikenalpasti oleh pihak AADK di seluruh negeri Sabah di mana 2 kawasan KBT berada di Bandaraya Kota Kinabalu iaitu Likas dan Inanam.

Program Apresiasi Kawasan Berisiko Rendah (KBR) diadakan di Kelab Shah Alam, Selangor dan disempurnakan oleh YBhg Tuan Sutekno Ahmad Belon, Ketua Pengarah AADK Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada AADK Ibu pejabat di atas penganjuran program ini dan juga kepada semua agensi-agensi kerajaan, agensi-agensi penguatkuasaan, NGO serta kepimpinan dan komuniti setempat yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi untuk memastikan komuniti bersih dari ancaman najis dadah.