Jom beramai-ramai ke Festival Kebudayaan dan Tradisional Makanan India ‘Transformasi Premis Makanan India’ pada 24 Jun 2023 (Sabtu) jam 12.00 tengah hari hingga 10.30 malam di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti gerai jualan makanan dan minuman, pameran serta pertandingan tebar roti canai, pertandingan menarik teh tarik dan potong bawang. Selain itu, terdapat juga persembahan kebudayaan dan nyanyian yang akan berlangsung sepanjang festival. Festival ini dianjurkan bersama oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS). Festival ini juga merupakan salah satu program di bawah komponen ‘Love Healthy KK’. Bawa bersama ahli keluarga anda dan rakan taulan ke festival ini yang julung kali diadakan di Lintasan Deasoka.