DBKK telah menerima laporan daripada orang awam berhubung sebuah syarikat pembinaan yang telah meletakkan bahan binaan projek di tempat yang tidak betul sehingga menyebabkan halangan dan gangguan tempat awam.
 
Bertindak ke atas laporan tersebut, anggota-anggota DBKK daripada Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kawalan Bangunan (JKBn) dan Jabatan Kejuruteraan telah mengadakan pemeriksaan serta-merta dan didapati bahan binaan telah diletakkan di atas lot parkir tanpa pembinaan papan dinding atau 'hoarding' yang selamat.
 
Dua (2) kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil (Anti Sampah Sarap) 1984, Pindaan 2005 atas kesalahan meletakkan dan membiarkan bahan-bahan binaan di tempat letak kenderaan dan sekitar kawasan bangunan sehingga mengotorkan tempat awam; serta kompaun di bawah Undang-undang Kecil (Kerja Tanah) 1987 Pindaan 2014 atas kegagalan syarikat memastikan tiada halangan atau gangguan terhadap jalan awam.
 
DBKK akan meneruskan pemantauan dan pengawalan ke atas aktiviti-aktiviti pembinaan struktur mengikut peraturan yang ditetapkan dan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.
 
 
Terima kasih warga KK atas maklumat yang dikongsikan. Bersama-sama kita menjaga tahap kesejahteraan Bandaraya Kota Kinabalu.