Laporan penilaian Sistem Penarafan Bintang-Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) DBKK telah dibentangkan oleh Pasukan Inspektorat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam satu Majlis Penutupan yang diadakan kelmarin, 22 April 2024 di Dewan Mesyuarat, DBKK.
 
Sistem Penarafan Bintang-Pihak Berkuasa Tempatan atapun SPB-PBT, dahulunya dikenali sebagai Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan.
 
Ianya diperkenalkan oleh Kerajaan melalui Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-59 pada 2 Oktober 2007, dengan tujuan untuk menilai tahap penyampaian perkhidmatan PBT seluruh Negara kepada rakyat, pelanggan dan pemegang taruh melalui satu (1) sistem penggredan yang seragam.
 
Penilaian ini juga bertujuan untuk mewujudkan budaya kecemerlangan berteraskan prestasi dan meningkatkan kapasiti daya saing dalam kalangan PBT.
 
Hadir Majlis Penutupan ini adalah YBhg. Dato' Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu bersama Kumpulan Pengurusan Tinggi dan Ketua-ketua Jabatan DBKK.
 

 Layari FB Rasmi DBKK untuk info lanjut.