Operasi Pembajaan Pokok Kelapa di Tanjung Lipat Teluk Likas telah dilaksanakan kelmarin, 24 April 2024.
 
Operasi ini melibatkan penanaman 150 pokok kelapa di kawasan Sabah International Convention Centre (SICC) hingga Teluk Likas 1 dan penanaman 60 pokok kelapa di sekitar kawasan Teluk Likas 1 hingga Teluk Likas 2.
 
Tujuan pembajaan adalah untuk menyuburkan tanaman pokok kelapa, menguatkan struktur batang pokok, melebat dan menguatkan akar. Pembajaan ini juga bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat pokok serta mengelakkan serangan perosak.
 
DBKK akan meneruskan kerja-kerja 'prunning' atau kekemasan dengan kekerapan sebulan sekali serta melaksanakan pemeriksaan berkala dengan kekerapan sebulan sekali.
 
Terima kasih Unit Tanaman, Unit Taman Awam dan Unit Pengurusan Pokok, Jabatan Landskap, DBKK.