KOTA KINABALU: Operasi pemeriksaan ke atas penjaja yang beroperasi di pasar malam Wawasan Plaza, Segama dan Aeropod telah dijalankan pada 26 April 2024 lalu. Operasi yang bermula pada pukul 4.00 petang tersebut telah diadakan bagi meninjau tahap pematuhan peraturan menjaja yang ditetapkan.
 
Hasil pemeriksaan telah mendapati terdapat segelintir penjaja yang tidak mematuhi peraturan menjaja yang ditetapkan dengan meninggalkan peralatan jualan dan khemah di lot tapak penjaja.
 
Sejumlah 18 Notis Pematuhan Peraturan Menjaja dikeluarkan ke atas penjaja yang berniaga di Pasar Malam Wawasan Plaza dan penjaja telah diberikan tempoh masa satu (1) hari untuk mengambil tindakan sewajarnya.
 
Pihak DBKK akan meneruskan operasi pemantauan dari masa ke masa dan menguatkuasakan peraturan yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Kecil (Penjaja) 1966.