Pemeriksaan Berhubung Laporan Bahan Binaan Projek Yang Menyebabkan Halangan dan Gangguan Tempat Awam
DBKK telah menerima laporan daripada orang awam berhubung sebuah syarikat pembinaan yang telah meletakkan bahan binaan projek di tempat yang tidak betul sehingga menyebabkan halangan dan gangguan tempat awam.
Bertindak ke atas laporan tersebut, anggota-anggota DBKK daripada Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kawalan Bangunan (JKBn) dan Jabatan Kejuruteraan telah mengadakan pemeriksaan serta-merta dan didapati bahan binaan telah diletakkan di atas lot parkir tanpa pembinaan papan dinding atau 'hoarding' yang selamat.
Baca selanjutnya...
Kerja-kerja Pembersihan Pokok Tumbang dan Dahan Patah
Anggota Jabatan Landskap DBKK melakukan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang dan dahan patah akibat hujan lebat pada 22 April 2024 di Taman Tun Huat, kawasan Pekan Inanam dan Jalan Tun Razak.
Baca selanjutnya...
Penilaian Sistem Penarafan Bintang-Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) DBKK
Pada 22 April 2024, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima lawatan daripada Pasukan Inspektorat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi Penilaian Sistem Penarafan Bintang-Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) DBKK Tahun 2024.
Pasukan Inspektorat diketuai oleh Tuan Chin Khien Leong, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pemantauan Pelaksanaan Dasar, Jabatan Kerajaan Tempatan.
Hadir menyambut ketibaan Pasukan Inspektorat adalah YBhg. Dato' Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu bersama Pengurusan Tinggi dan Ketua-ketua Jabatan DBKK.