Pemeriksaan Bersepadu Ke Atas Gerai-gerai Makanan di Pantai Tanjung Aru
3 Mei 2024: Satu pemeriksaan bersepadu ke atas gerai-gerai makanan di Pantai 1, Pantai Tanjung Aru telah dijalankan pada 30 April 2024 lalu, bermula 3.00 petang. Pemeriksaan tersebut dilakukan secara bersepadu oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Tanjung Aru Eco Development (TAED) Sdn. Bhd. susulan aduan yang diterima.
Semasa pemeriksaan tersebut, beberapa langkah penambahbaikan keadaan kebersihan gerai serta kawasan persekitarannya telah dibincangkan untuk dilaksanakan dalam masa terdekat. Pemantauan lanjut akan diteruskan dari masa ke masa oleh DBKK bagi meningkatkan tahap kebersihan dan keteraturan kawasan berkenaan.
Baca selanjutnya...
Hujan Lebat, Satu Kejadian Pokok Tumbang Dilaporkan
01 MEI 2024: Satu (1) kejadian pokok tumbang menghalang lalulintas dilaporkan berlaku di Jalan Tun Razak iaitu berhampiran kawasan Api-Api Centre susulan hujan lebat malam tadi.
Bertindak ke atas laporan yang diterima, DBKK telah menghantar pasukan Unit Pokok, Jabatan Landskap DBKK ke lokasi kejadian dan kerja-kerja mengalihkan sisa dahan pokok tumbang telah berjaya diselesaikan sekitar pukul 8.00 malam.
Jenis pokok tumbang adalah pokok Angsana yang merupakan pokok jenis malar hijau dan mempunyai kadar pertumbuhan yang cepat. Pokok Angsana sekitar bandar raya Kota Kinabalu kini berada dalam fasa pertumbuhan daun baharu.
Baca selanjutnya...
Tindakan Pemeriksaan dan Penggredan Premis Makanan Diteruskan
30 April 2024: Sejumlah 40 premis makanan di Kolam Centre, Heritage Plaza, Kolombong dan Asia City telah diperiksa dan digredkan pada 27 April lalu, oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Dalam pemeriksaan tersebut, sebuah premis telah mendapat Gred A, 17 buah premis mendapat Gred B dan 22 premis lagi merupakan pemeriksaan susulan.
Penarafan Bintang Tandas juga telah dijalankan dengan dua (2) premis mendapat 3 Bintang, empat (4) premis mendapat 1 Bintang ke bawah, manakala 12 premis lagi tidak mempunyai tandas untuk digred.
Baca selanjutnya...