TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT DIBUKA DI TERMINAL BAS KK SENTRAL
KOTA KINABALU: Selaras dengan pembukaan tempat letak kereta bertingkat di Terminal Bas KK Sentral yang baharu, orang ramai adalah digesa untuk mengambil peluang dan menggunakan ruang letak kereta yang ada.
Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan dan Trafik DBKK, Kalvin Liaw, sejumlah 391 lot letak kereta disediakan di ruang letak kereta bertingkat tersebut. Bayaran parkir adalah RM3.00 sekali masuk sehari (Isnin-Jumaat), RM2.00 sekali masuk sehari (Sabtu, Ahad dan cuti umum) atau pas bermusim RM100 sebulan.