Bahagian Audit Dalam

VISI
Menjadi sebuah bahagian yang kukuh dalam peranan memberi nasihat, memudahkan perubahan, menggalakkan pemahaman. menyumbang inisiatif penambahbaikan dan memberi jaminan.

MISI
Melaksanakan fungsi dan tanggungjawab audit secara pro aktif dan profesional.

OBJEKTIF
Objektif Bahagian Audit Dalam ialah membantu pihak pengurusan DBKK dalam melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan melalui pendekatan audit yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.

FUNGSI
Fungsi Utama Bahagian Audit Dalam ialah membuat pengauditan dan kajian terhadap sistem kawalan dalaman berkaitan dengan kewangan dan pengurusan; serta lain-lain operasi dan sistem sama ada secara manual atau elektronik, untuk menentukan bagi pihak pengurusan akan sebab-sebab kewujudan ketidakcekapan atau praktis ketidakekonomi supaya praktis berkenaan dapat diperbaiki.  Audit Dalam juga akan membekalkan pihak pengurusan dengan analisa, penilaian, rekomendasi dan komen berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang telah dikaji supaya:-

  1. Harta Kerajaan di bawah kawalan DBKK telah dikendali dan disimpan dengan baik;
  2. Rancangan, polisi dan prosidur pengurusan telah dipatuhi dan dilaksana dengan berkesan dan efisien;
  3. Kawalan dalaman, sistem perakaunan dan pengurusan wujud dan berfungsi selaras dengan objektif organisasi;
  4. Rekomendasi unutk penambahbaikan kawalan telah dilaksanakan dan dipatuhi dan
  5. Data dan maklumat yang berguna, boleh dipercayai serta menepati masa (timely) ada untuk tujuan membuat keputusan (Decision Making).

PIAGAM PELANGGAN  BAHAGIAN AUDIT DALAM
Kami anggota Bahagian Audit Dalam berjanji:-

  1.  Menjalankan Pengauditan dengan Cekap, Adil dan Saksama secara Bebas, Objektif dan Profesional.
  2.  Mengemukakan Rancangan Tahunan Audit Dalam Untuk Kelulusan Mayor selewat-lewatnya pada 31 Januari Tahun Semasa.
  3.  Melaksanakan Audit Kewangan dan Audit Pengurusan sekurang-kurangnya 5 program setahun.
  4.  Melaksanakan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti, MS ISO 9001:2008 sekali (1) setahun.
  5.  Sebagai Urus Setia Lembaga Pelupusan Aset Alih Kerajaan DBKK, akan mengadakan Pelupusan Aset Alih sekurang-kurangnya  empat (4) Kali setahun.
  6.  Melaksanakan Audit Keselamatan & Kesihatan Pekerja sekali (1) setahun.
  7.  Mendapatkan Maklumbalas Auditee terhadap Pemerhatian Audit dalam tempoh 21 hari bekerja.