OBJEKTIF
- Memastikan perancangan dan penyediaan dasar kewangan dibuat dan dilaksanakan selaras dengan Visi dan Misi DBKK kearah pengurusan kewangan yang selesa dan autonomi.
- Memastikan pengurusan kewangan dikendalikan dengan efektif dan teratur.
- Memastikan penggunaan sumber kewangan dan lain-lain sumber dibuat pada tahap optima.
- Memastikan sistem pungutan hasil dan pembiayaan yang efisien, mesra dan teratur pada setiap masa.
- Memastikan laporan kewangan dibuat dengan teratur dan menepati masa.
- Memastikan keberkesanan kawalan ke atas belanjawan, asset dan stor.
FUNGSI
- Mengendalikan urusan dan tindakan berkaitan dengan Perancangan Dan Penyediaan Dasar Kewangan Dan Menyusul Perlaksanaannya.
- Mengendalikan Pengurusan Kewangan Dan Akaun.
- Memungut semua hasil, deposit dan lain-lain pembayaran yang berpatutan dan dibankkan serta diakaunkan.
- Mengeluarkan bil-bil cukai taksiran dan mengemaskini semua rekod.
- Membuat pembayaran berpatutan dan memastikan semua rekod pembayaran adalah disimpan untuk dibuat.
- Menyelia dan mengawal secara menyeluruh Belanjawan Tahunan.