PENDAHULUAN
Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran dan Multimedia, Bahagian Penyelenggaraan Aset, Bahagian Sistem & Aplikasi dan Bahagian Portal.
OBJEKTIF JABATAN
Memperkasakan inovasi ICT ke arah menyepadukan proses merentas jabatan selaras halatuju pendigitalan organisasi untuk meningkatkan kegirangan pelanggan
FUNGSI UTAMA JABATAN
- Mengawal pelaksanaan dasar teknologi maklumat organisasi
- Menyediakan dan memastikan keselamatan sistem rangkaian dan pusat data sentiasa terpelihara
- Menyediakan dan memastikan infrastruktur teknologi maklumat organisasi sentiasa terpelihara
- Menyediakan kemudahan ICT selaras dengan keperluan jabatan
- Merancang, membangun, mengurus, melaksana dan menyelenggara sistem ICT yang menyokong operasi organisasi
- Merancang dan menyelenggara perkakasan ICT
- Melaksanakan penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian organisasi
PIAGAM PELANGGAN
- Komitmen kami adalah sentiasa bersedia memberi perkhidmatan yang cepat, cekap dan tepat
- Tempoh mengambil tindakan ke atas masalah komputer - 60 minit
• Komputer dan Pencetak - 5 hari
• Desktop Application - 1 hari - Tempoh memberi keputusan permohonan perkakasan dan perisian komputer
- Tempoh memproses permintaan paparan dalam laman web – 5 hari
FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAM JABATAN | |
Bahagian Pentadbiran & Multimedia | Bahagian Penyelenggaraan Aset |
|
|
Bahagian Sistem & Aplikasi |
Bahagian Portal |
|
|