Bahagian Pengangkutan dan Trafik telah diwujudkan pada Jun 2012 dengan menggabungkan Unit Trafik dari Jabatan Perancangan Bandaraya dan Unit Jalanraya dari Jabatan Kejuruteraan.  Pengwujudan Bahagian Pengangkutan dan Trafik ini memperlihatkan kesungguhan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu terutamanya Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk memberi fokus kepada perlaksanaan salah satu halatuju Mayor dalam menangani masalah kesesakan lalulintas dalam bandaraya dan memperbaiki kualiti infrastruktur pengangkutan dan pergerakan dalam Bandaraya Kota Kinabalu.

 
Pada Jun 2014, Bahagian ini telah dinaiktaraf kepada Jabatan Pengangkutan dan Trafik dan diterajui oleh Encik Kalvin Liaw sebagai Pengarah Jabatan sehingga kini.  Jabatan ini di mempunyai dua bahagia iaitu Bahagian Pengurusan Jalanraya & Lalulintas dan  Bhg. Perancangan & Perlaksanaan Pengangkutan Bandar. 


Visi Jabatan Pengangkutan Dan Trafik adalah untuk mewujudkan sistem pengangkutan Bandar yang efisien, mesra pengguna dan moden. 

Misi Jabatan Pengangkutan Dan Trafik adalah untuk merancang dan membina kemudahan awam pengangkutan yang selesa dan mesra pengguna serta berkerjasama dengan agensi berkenaan untuk menguruskan lalulintas bandar raya dengan efisien untuk keselesaan wargakota. Berdasarkan visi tersebut, peranan dan fungsi Jabatan secara umumnya dapat dikategorikan seperti berikut:

  1. Merancang, merekabentuk, membina dan menyelenggara kemudahan pengangkutan awam seperti Perhentian Bas/Teksi meliputi perancangan dan pembinaan stesen/terminal bas.
  2. Berkerjasama dengan agensi berkenaan dalam merancang laluan perkhidmatan bas dalam bandaraya.
  3. Menyedia polisi berhubung pengurusan tempat letak kereta dalam bandaraya kearah pengurusan yang mapan.
  4. Memeriksa dan memproses permohonan cadangan 'Traffic Site Plan' dan 'Traffic Impact Assessment' yang dikemukakan akibat daripada impak dari cadangan Pembangunan.
  5. Memeriksa dan memproses permohonan pelan Jalanraya.
  6. Memproses permohonan izinlalu penggunaan ruang jalan dan tempat letak kereta.
  7. Memproses permohonan penutupan jalan.
  8. Membuat audit jalan untuk keselamatan jalan dan pengesanan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.
  9. Memantau Konsesi Jalan yang dilantik oleh kerajaan dalam penyelengaraan jalanraya dalam jagaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
  10. Menyelenggara jalan-jalan dalam jagaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang tidak termasuk dalam senarai penyelenggaraan konsesi jalan.
  11. Mendaftar jalan-jalan baru dalam jagaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ke dalam daftar Sarris /Marris.
  12. Merancang, merekabentuk, membina dan melaksanakan pengurusan lalulintas yang merangkumi perlaksanaan rangkaian aliran lalulintas kenderaan dan pejalan kaki, sistem papantanda dan tanda garisan jalan, peralatan keselamatan dan perabot jalan.