Pelan Kota Kinabalu 2035 dan Pelan Strategik DBKK 2023-2026 telah dilancarkan sekaligus pada 02 November 2023 bertempat di Hilton Kota Kinabalu. Dua pelan yang dilancarkan ini adalah kerangka strategik yang komprehensif yang dibangunkan untuk mengemudi pentadbiran dan pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu.
 
Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Abidin Madingkir, JP, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Merangkap Menteri Yang Bertanggungjawab Kepada DBKK mewakili Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.
 
Turut hadir dalam majlis ini Yang Berbahagia Datuk Noorliza Awang Alip, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu merangkap Pengerusi Majlis Pelancaran Pelan Kota Kinabalu 2035 dan Pelan Strategik DBKK 2023-2026, Yang Berusaha Tuan Mahali Hassan, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah, Yang Berusaha Puan Junainah Abbie, Ketua Pengarah DBKK, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah DBKK, Ketua-Ketua Jabatan Negeri, Persekutan dan Badan Berkanun.