Jabatan Pelesenan

JABATAN PELESENAN

Jabatan Pelesenan adalah salah satu jabatan yang ditempatkan dibawah Sektor Operasi dalam struktur carta organisasi DBKK.  Jabatan Pelesenan terdiri dari empat bahagian iaitu:  

  1. Bahagian Lesen Berniaga
  2. Bahagian Lesen DBKK
  3. Bahagian Lesen Pengiklanan
  4. Bahagian Pentadbiran

Jabatan ini mempunyai seramai 54 orang anggota yang melaksanakan fungsi Jabatan Pelesenan.

PIAGAM PELANGGAN

Kami akan memastikan semua pelanggan yang berurusan dengan Jabatan Pelesenan mendapat layanan dengan sempurna dan memproses segala permohonan dengan kadar yang segera.

Permohonan Lesen akan diproses dalam tempoh seperti berikut:-

  • Lesen Perniagaan yang memerlukan pemeriksaan premis dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja, bagi yang tidak memerlukan pemeriksaan premis dikeluarkan dalam tempoh 3 jam sekiranya telah memenuhi syarat-syarat yang ditentukan.

  • Lesen Dewan Bandaraya akan dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja sekiranya telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

  • Pembaharuan lesen perniagaan dan lesen Dewan Bandaraya akan dikeluarkan dengan serta-merta (5 minit)

  • Penukaran butir-butir lesen perniagaan (Borang C) akan diproses dalam tempoh 24 jam masa bekerja

  • Permohonan lesen menjual minuman keras akan diproses dalam tempoh 1 bulan sekiranya telah memenuhi syarat-syarat yang ditentukan dan lesen akan dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja.

  • Pembaharuan lesen menjual minuman keras akan diproses sekiranya kelulusan telah diperolehi dalam tempoh 1 bulan dan lesen akan dikeluarkan dalam masa 5 hari bekerja.

  • Permohonan Permit Baru bagi Sepanduk / Banting dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja sekiranya telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

  • Pembaharuan Permit bagi Sepanduk / Banting dikeluarkan dalam tempoh 1 hari bekerja.

  • Permohonan lesen baru bagi Papantanda dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja sekiranya telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

  • Pembaharuan lesen bagi Papantanda dikeluarkan dalam tempoh 1 hari bekerja.


PERKHIDMATAN

  • Memproses Lesen Berniaga
  • Memproses Lesen-Lesen DBKK
  • Menguatkuasa Undang-Undang Kecil (UUK) yang berkaitan dengan lesen-lesen DBKK.