Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah telah meluangkan masa meninjau dan melihat keadaan Laluan Pejalan Kaki dan Berbasikal Sungai Darau Greenway, pagi tadi.

Semasa lawatan di laluan sepanjang 5KM tersebut, Dato’ Sri Mayor telah memeriksa keteraturan kemudahan awam seperti lampu jalan, kamera litar tertutup (CCTV) dan meninjau tahap kebersihan persekitaran sambil meluangkan masa bertemu dengan kakitangan-kakitangan DBKK yang bekerja di hujung minggu.

Katanya, tahap kebersihan, keselamatan dan keteraturan di Laluan Pejalan Kaki dan Berbasikal Sungai Darau Greenway serta tempat-tempat riadah yang lain hendaklah dipastikan sentiasa berada di tahap terbaik demi keselesaan warga Kota Kinabalu.

Layari FB Rasmi DBKK untuk info lanjut.