LATARBELAKANG

Berkuatkuasa pada 1hb Oktober 2019 Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) telah diwujudkan (sebelum ini berada di bawah Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya). Jabatan ini diletakkan di bawah Sektor Operasi berserta empat (4) lagi jabatan yang lain iaitu Jabatan Pengkuatkuasaan, Jabatan Landskap, Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya dan Jabatan Pelesenan.

Pewujudan jabatan ini antaranya bagi merialisasikan objektif jabatan sejajar dengan Misi Dewan Bandaraya Kota Kota Kinabalu iaitu menjadikan Kota Kinabalu sebuah bandaraya yang bersih, hijau dan berdaya huni.  

Struktur Jabatan  terdiri daripada empat (4) bahagian dan bagi memastikan objektif jabatan dapat dicapai beberapa bahagian diwujudkan dan di antara yang telah beroperasi antaranya:

  1. BAHAGIAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN PEPEJAL
  2. BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
  3. BAHAGIAN KHIDMAT PEMBERSIHAN AWAM
  4. BAHAGIAN PENDIDIKAN AWAM

FUNGSI JABATAN PERNGURUSAN SISA PEPEJAL

  1. Membuat polisi/undang-undang
  2. Melaksanakan operasi harian (pengutipan sisa pepejal dan pembersihan awam)
  3. Memantau pelaksanaan projek
  4. Mendapatkan peruntukan dari kerajaan/negeri dan lain-lain sumber
  5. Menguatkuasa undang-undang di bawah peruntukan Enakmen Bandaraya
  6. Mencadangkan kaedah pelupusan sisa domestik yang lebih holistik dan efektif

 

BAHAGIAN-BAHAGIAN DAN FUNGSINYA

BAHAGIAN FUNGSI

1. Bahagian Perkhidmatan Pengurusan Pepejal

  1. Unit Pengurusan Sisa Pepejal
  2. Unit Penyelenggaraan Kenderaan
  1. Menetapkan standard, spesifikasi dan tata amalan serta khidmat nasihat
  2. Pengutipan sisa domestik kawasan perumahan, komersil dan industri ringan
  3. Pengutipan Sisa dibuang secara haram
  4. Pengutipan sisa kebun dan sisa Pukal

2. Bahagian Khidmat Pengurusan

  1. Unit Pentadbiran
  2. Unit Depo
  1. Pengurusan sumber manusia dan kewangan
  2. Pengurusan stor
  3. Menyimpan rekod dan maklumat sisa pepejal yang terkini

3. Bahagian Perkhidmatan Pembersihan Awam

  1. Unit Pembersihan Awam
  2. Unit Laut & Sungai
  1. Melaksanakan penyapuan sampah dan sisa debris di kawasan awam
  2. Pembersihan sungai, persisiran perairan pusat bandar dan pantai

4. Bahagian Pendidikan Awam

  1. Unit Pendidikan
  2. Unit Kawal Selia
  3. Unit Data
  1. Menjalankan Kempen-kempen kesedaran dan kebersihan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu
  2. Menjalankan Kempen Bersih dan Hijau (rebranding kepada Kempen Anti Kutu Sampah)
  3. Melaksanakan Program Kitar Semula melalui pelaksanaan Pusat Lestari Kota Kinabalu
  4. Menjalankan kerjasama dengan agensi lain/pihak NGO untuk merangka strategi dalam menjalankan kempen kebersihan di bandaraya Kota Kinabalu