JABATAN LANDSKAP
DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
PENGENALAN
Jabatan Landskap ditubuhkan pada 01 JANUARI 2004.
Sebelum ini, Jabatan landskap hanya sebuah unit di bawah Jabatan Perancang Bandaraya. Sejajar dengan perkembangan Kota Kinabalu dinaiktaraf sebagai bandaraya Kota Kinabalu dan skop kerja semakin meluas, unit Landskap dinaiktaraf sebagai satu Jabatan.
VISI
Ke arah Persekitaran landskap yang berkualiti, mampan dan beridentitikan Sabah.
MISI
Memastikan Pembangunan Landskap yang terancang serta perkhidmatan yang efisien dan mesra insan.
Objektif
- Melaksanakan perancangan dan pembangunan landskap berdasarkan Pelan Induk Landskap Kota Kinabalu
- Merancang dan merekabentuk projek landskap dengan menerapkan unsur-unsur senireka, budaya dan tradisi tempatan yang memenuhi keperluan masa kini.
- Merancang dan mengurus sumber alam bagi meningkatkan kualiti emeniti bandar dan luar Bandar
- Menyediakan kawasan hijau dan jaluran hijau sebagai komponen utama di kawasan perbandaran
- Menyediakan Garis Panduan Perancangan dan Senireka Landskap yang merangkumi aspek pemuliharaan kawasan semulajadi dan bersejarah
- Menyediakan Garis Panduan Pemeliharaan Pokok bagi pemeliharaan pokok sekitar Kota Kinabalu
- Membangun, menyelenggara dan memperindahkan tempat-tempat tumpuan dan taman-taman awam
- Berkerjasama dengan pihak kerajaan dan agensi swasta sebagai rakan strategik dalam membangunkan Bandaraya Kota Kinabalu
Fungsi
- Perancangan dan Pembangunan Landskap
- Proses Kelulusan Pelan Landskap, Pelan Pembangunan, Sokongan OC & Serah Tapak
- Pengurusan & Penyelenggaraan Landskap
- Pengurusan & Penyelenggaraan Taman Awam
- Pengurusan & Penyelenggaraan ‘Hardscape’ & Peralatan Permainan Kanak-Kanak
- Pemotongan Rumput
- Pembersihan Parit
- Pengurusan Tapak Semaian
- Pengurusan Program Landskap
- Pengurusan kakitangan Landskap
- Hiasan Rasmi Kerajaan
BAHAGIAN PENGURUSAN PROJEK & KONTRAK LANDSKAP
- UNIT PROJEK-PROJEK REKABENTUK
- Menyediakan Pelan Rekabentuk Landskap
- Menyediakan Pelan Perancangan Landskap
- Penyediaan dan Perlaksanaan Pelan Induk Landskap Kota Kinabalu
- Menyediakan Permohonan Peruntukan Pembangunan Landskap
- Memantau Projek Pembangunan Landskap
- UNIT KONTRAK LANDSKAP
- Memantau Kontrak landskap Jalan-jalan Utama
- Mengesahkan dan Memproses tuntutan Kontraktor
- Menyediakan Pelan Landskap Jalan-jalan Utama
- Menyelaras Aduan Awam dengan Agensi –agensi Kerajaan dan swasta
BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN DAN PEMANGKASAN POKOK
- UNIT KAWALAN PEMBANGUNAN
- Memproses Pelan Landskap
- Memberi ulasan landskap dalam Pelan Pembangunan
- Memproses dan memberi sokongan OC (Sijil Layak Menduduki)
- Mengurus Proses Serah Tapak untuk Penyelenggaraan landskap
- Menguatkuasakan Garis Panduan Kelulusan Pelan Landskap
- UNIT PEMANGKASAN POKOK
- Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pokok matang
- Menyelesaikan aduan awam berkenaan pokok
- Menyelaras Pasukan kecemasan Jabatan Landskap
- UNIT INVENTORI POKOK
- Menjalankan Kerja-kerja Inventori Pokok
- Menjalankan Pemeriksaan dan Penilaian Kesihatan Pokok-pokok Berisiko
BAHAGIAN PENYELENGGARAAN LANDSKAP KEJUR DAN PENTADBIRAN JABATAN
- UNIT PENTADBIRAN JABATAN
- Mengurus hal-ehwal Pentadbiran Jabatan
- Menyelaras Penyediaan Anggaran Peruntukan Tahunan
- Mengurus dan menyelaras Peruntukan Jabatan
- Menyelaras Permohonan Peruntukan Negeri dan Federal
- Mengurus dan menyelaras Aduan Awam
- Memantau dan Memastikan keceriaan, kebersihan dan keselamatan Pejabat
- UNIT ANAK ANGKAT DAN LANDSKAP KEJUR
- Memantau dan Memeriksa Taman Permainan dan Kawasan Program Anak Angkat Landskap
- Menguruskan dan memantau Kontrak Penyelenggaraan Taman permainan
- Menyediakan Pelan Perancangan Naiktaraf dan Kerja-kerja Kecil pembaikan Taman Permainan
- Menjalankan kerja-kerja pembaikan peralatan permainan secara In-house
- Menyediakan dan mengemaskini Inventori Kemudahan Rekreasi Taman Permainan
- Mengurus Dan menyelesaikan Aduan Awam dalam Taman Permainan
BAHAGIAN PENGURUSAN TAMAN-TAMAN AWAM
- UNIT TAMAN-TAMAN AWAM
- Menjalankan kerja-kerja Penyelenggaraan Taman-taman Awam
- Menguruskan Kontrak Penyelenggaraan Taman Awam
- Menyediakan Pelan Perancangan Naiktaraf Taman Awam
- Memantau keselamatan Kemudahan Taman dan Orang Awam
- Menjalankan kerja-kerja pembaikan dan Naik taraf Taman secaraIn-house
- Memantau kerja-kerja pembaikan kontraktor di kawasan Taman Awam
- Mengurus Tempahan Penggunaan Taman dan Acara-acara di KawasanTaman
- Menyediakan dan mengemaskini Inventori Tanaman dan Kemudahan Rekreasi
- Mengurus Dan menyelesaikan Aduan Awam dalamTaman
BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK PEMOTONGAN RUMPUT
- Memantau kerja-kerja Perkhidmatan Kontrak Pemotongan Rumput
- Mengesahkan dan memproses Tuntutan Kontraktor
- Menyediakan Anggaran Peruntukan Tahunan
- Menyelaras Permohonan Peruntukan Negeri dan Federal
- Mengurus Dan menyelesaikan Aduan Awam berkenaan Dengan rumput
BAHAGIAN PENGURUSAN TANAMAN, KEKEMASAN AM DAN PEMBERSIHAN PARIT
- UNIT PENTADBIRAN NURSERI
- Mengurus Hal-ehwal Pentadbiran Nurseri
- Menyediakan Permohonan Anggaran Peruntukan Tahunan
- Mengurus dan menyelaras Peruntukan Bahagian
- Mengurus dan menyelaras Aduan Awam
- Memantau dan Memastikan keceriaan, kebersihan dan keselamatan
- Pejabat
- Mengurus dan mengemaskini inventori peralatan stor dan aset
- Mengurus dan membaiki mesin dan jentera operasi
- UNIT PEMBERSIHAN PARIT
- Menjalankan Kerja-kerja Pembersihan Parit Taman Perumahan dan kawasan komersil
- Menguruskan dan memantau Kontrak Penyelenggaraan Parit
- Mengurus Dan menyelesaikan Aduan Awam berkenaan dengan parit
- UNIT PENYELENGGARAAN TANAMAN
- Kerja-kerja Penyelenggaraan Tanaman di Taman Perumahan dan kawasan komersil
- Mengurus Dan menyelesaikan Aduan Awam berkenaan dengan Tanaman
- UNIT PEMOTONGAN RUMPUT
- Kerja-kerja Pemotongan rumput bagi kawasan yang belum dikontrakkandan kawasan-kawasan acara
- Mengurus dan menyelesaikan Aduan Awam berkenaan dengan rumput panjang
- UNIT KAWALAN RUMPAI
- Kerja-kerja Pembersihan Rumpai atau rumput liar di kawasan CBD
- Mengurus dan menyelesaikan Aduan Awam berkenaan dengan Rumpai
- UNIT TAPAK SEMAIAN
- Kerja-kerja penyelenggaraan Tapak Semaian
- Pembenihan tanaman
- Menbantu kerja-kerja hiasan landskap
- UNIT HIASAN LANDSKAP
- Kerja-kerja hiasan landskap bagi acara DBKK atau acara RasmiKerajaan
- UNIT TINDAKAN KHAS
- Membantu semasa Bencana Alam
- Membantu dalam menyediakan prop hiasan landskap
- Melaksanakan tindakan-tindakan khas
- UNIT PEMUNGUTAN SISA KEBUN
- Menjalankan kerja-kerja pembersihan Sisa kebunsecara berjadual
- Mengurus dan menyelesaikan Aduan Awam berkenaan dengan sisa kebun
- UNIT PEMUNGUTAN SAMPAH TAMAN PERMAINAN
- Kerja-kerja Pemungutan Sampah di Taman-taman permainan secara berjadual
- Mengurus dan menyelesaikan Aduan Awam berkenaan dengan sampah