Jabatan Perundangan telah ditubuhkan pada tahun 2003 dan digabungkan dengan Jabatan Penguatkuasa dan telah dinaik taraf menjadi jabatan beroperasi sepenuhnya dalam Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
• Bahagian Sivil
• Bahagian Gubalan dan Kontrak
• Bahagian Pendakwaan dan Penasihat
• Bahagian Pelaksanaan Perintah Mahkamah
• Bahagian Mahkamah Majistret Bandaraya
• Bahagian Pentadbiran
i. Memberikan nasihat undang-undang yang sempurna dan efisien kepada Mayor dan kakitangannya untuk memastikan jentera pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu berfungsi dan berperanan sejajar selaras dengan kehendak undang-undang.
ii. Menjaga dan melindungi kepentingan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu apa-apa jua pelanggaran yang menyalahi undang-undang dan hak-hak mereka di sisi undang-undang.
iii. Menjalankan semakan ke atas Undang-Undang Kecil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu atau menggubal atau meminda berdasarkan kepada keperluan dari semasa kesemasa.
iv. Menjalankan pendakwaan kepada mana-mana pihak yang berhutang atau melanggar Undang-undang Dewan Bandaraya Kota Kinabalu