Operasi Bersepadu Pemeriksaan Perangkap Lemak di Premis Makanan
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menjalankan beberapa siri operasi bersepadu memeriksa perangkap lemak di premis-premis makanan di Heritage Plaza, Lintas Square dan Foh Sang pada 22, 29 dan 30 April lalu.
Operasi bersepadu ini bertujuan untuk memastikan perangkap lemak dipasang mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan diselenggara dengan baik bagi mengelakkan saluran pembentungan tersumbat.
Anggota DBKK yang terdiri daripada kakitangan di Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya dan Jabatan Kejuruteraan telah terlibat memeriksa 51 unit perangkap lemak di 38 buah premis makanan.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat premis yang gagal memasang perangkap lemak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, tidak menyelenggara perangkap lemak dengan baik, air sisa makanan daripada perangkap lemak disalurkan terus ke parit dan singki mencuci pinggan mangkuk dipasang di kaki lima belakang premis.
Read more ...