23 JULAI 2022 (SABTU), 07.00 PAGI – 11.00 PAGI
KK CLEAN UP DAY : BANDARAN BERJAYA (BB) ini dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan dilaksanakan sebagai salah satu program kesedaran awam di bawah komponen LOVE CLEAN KK yang mana merupakan satu insiatif di bawah Jaringan Love KK yang diilhamkan oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu dan telah dilancarkan pada 02 April 2022.

Program kali ini dianjurkan khusus untuk kawasan Bandaran Berjaya (BB) Kota Kinabalu. Skop aktiviti bagi program ini ialah pemeriksaan struktur bangunan, pemeriksaan & penggredan restoran, Kempen LILATIN, pengawalan anjing liar, pengutipan sampah, pencucian lantai, pembersihan parit, pembersihan tumbuhan liar bangunan, pemangkasan pokok serta pembersihan kawasan awam.

Tindakan penguatkuasaan Summoned On The Spot juga dilaksanakan bagi mana - mana kesalahan yang didapati berdasarkan kepada UUK Anti Sampah Sarap 1984 Bandaraya KK Pindaan 2005. Program ini diadakan dengan matlamat untuk mewujudkan kesedaran sosial di kalangan penduduk dan pengusaha khususnya di Bandaran Berjaya (BB), Kota Kinabalu melalui kempen & aktiviti pembersihan.

Semua penduduk dan pengusaha premis di kawasan Bandaran Berjaya telah dijemput untuk menyertai program ini. Agensi kerajaan lain seperti Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, PDRM dan Jabatan Air Negeri Sabah turut sama memberi sokongan penyertaan termasuk juga beberapa agensi bukan kerajaan seperti SESB, Pembinaan Kekal Mewah (PKM), Junior Chamber International (JCI), Berjaya Group, Persatuan Skeptron dan To Earth With Love. Jumlah peserta bagi keseluruhan program ini ialah seramai 715 orang.

https://fb.watch/etILxIBY2E/