Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menambah lot gerai penjaja di blok C dan D Pasar Malam Api-api Night Food Market untuk memberi peluang kepada orang awam untuk menjalankan perniagaan. Oleh itu, pemohon boleh mendapatkan salinan borang permohonan di kaunter yang dinyatakan di bawah:

TARIKH  : 28 Ogos 2023 (Isnin)
LOKASI  : Astaka Padang Merdeka, Kota Kinabalu
MASA  : 10.00 pagi sehingga borang habis dijual
   
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia, berasal dari Sabah dan berumur 18 tahun ke atas.
2. Pemohon diminta agar membawa salinan dokumen-dokumen seperti berikut untuk dilampirkan bersama-sama borang permohonan yang bakal dihantar dan diterima oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu:
  i) 1 salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan oleh JPN
  ii) 1 salinan gambar (berwarna) produk-produk jualan

 

DBKK hanya menerima permohonan yang lengkap seperti mana yang telah dinyatakan dalam syarat-syarat permohonan di atas. Keputusan DBKK adalah muktamad dan hanya pemohon-pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi untuk menghadiri sesi temu duga. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Penjaja, DBKK di talian 088-521800 pada waktu pejabat.