Anzac Day Commemoration "Lest We Forget" telah berlangsung dengan sempurna pada hari ini, 24 April 2024 di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu. Ianya merupakan satu tarikh bermakna bagi mengenang jasa dan pengorbanan pahlawan demi mempertahankan tanah air, khususnya untuk rakyat Sabah dan gabungan bekas parajurit Australia serta New Zealand (Australia, New Zealand Army Corps) atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua.
 
Acara telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah.
 
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan acara dan 13 peserta kontinjen perbarisan statik yang terdiri daripada:
1. Tentera Darat Malaysia
2. Tentera Laut Diraja Malaysia
3. Tentera Udara Diraja Malaysia
4. Polis Diraja Malaysia
5. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah
6. Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Sabah
7. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
8. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Negeri Sabah
9. Jabatan Penjara Malaysia Negeri Sabah
10. Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
11. Jabatan Kastam Diraja Malaysia
12. Jabatan Imigresen Malaysia
13. Jabatan Penguatkuasaan, DBKK
 
Semoga semangat para pejuang yang terlakar pada tarikh bermakna ini akan terus memberi inspirasi untuk kita terus memartabatkan kedaulatan negara.
 
Upacara Anzac Day Commemoration "Lest We Forget" 2024