Sukacita dimaklumkan bahawa satu lagi pasar malam akan dibuka di Sadong Jaya iaitu D'Soang Market yang akan beroperasi setiap hari dari jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam bermula 05 Oktober 2023, Khamis ini.

Ayuh datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan anda, nikmati pelbagai makanan yang enak-enak antaranya buah-buahan bermusim (durian, manggis, langsat dan banyak lagi) serta jualan makanan tradisi ala kampung. Dalam masa sama, kita sokong peniaga tempatan yang berniaga di sana.