Setinggi-tinggi tahniah kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu kerana menerima dua (2) anugerah dalam Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah (iSAS) Tahun 2023 yang diadakan pada 02 November 2023, dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu.

Kumpulan Q-Artz KIK daripada Jabatan Pembangunan Pelancongan Bandaraya DBKK yang diketuai oleh Puan Fauziahton Ag. Samad telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (Bidang Inovasi Sosial-Inovatif) melalui penghasilan satu inovasi baharu iaitu Kerangka Kerja Pembangunan Pelancongan Berasaskan Komuniti Lestari. Manakala Naib Johan dalam Anugerah Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif kategori Bidang Penyampaian Perkhidmatan - Inovatif adalah Kumpulan No Waste Left Behind daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal DBKK yang diketuai oleh Tuan Leong Tze Fui dengan projek bertajuk Sistem Perlupusan Sampah Sendiri (SPSS).

Syabas sekali lagi dari seluruh warga kerja DBKK!