Pada 22 April 2024, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima lawatan daripada Pasukan Inspektorat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi Penilaian Sistem Penarafan Bintang-Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) DBKK Tahun 2024.

Pasukan Inspektorat diketuai oleh Tuan Chin Khien Leong, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pemantauan Pelaksanaan Dasar, Jabatan Kerajaan Tempatan.

Hadir menyambut ketibaan Pasukan Inspektorat adalah YBhg. Dato' Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu bersama Pengurusan Tinggi dan Ketua-ketua Jabatan DBKK.