1.0 PENGENALAN

Jabatan Arkitek dan Projek Khas (JAPK) merancang dan melaksanakan projek khas DBKK serta menyediakan cadangan reka bentuk bangunan dengan merancangkan sokongan infrastruktur dan kemudahan awam dalam tempoh dan kos yang diperuntukkan.

2.0 FUNGSI

  1. Melaksanakan projek-projek pembangunan khas DBKK.
  2. Merancang dan melaksanakan reka bentuk bangunan dan projek kemudahan awam di dalam kawasan bandaraya.
  3. Memastikan keseragaman dan keteraturan reka bentuk bangunan baharu.

3.0 VISI

Memberikan  perkhidmatan yang cemerlang dalam bidang pengurusan projek khas DBKK, merancang dan melaksanakan rekabentuk pembangunan khas DBKK yang kreatif dan inovatif serta mewujudkan persekitaran yang berdaya huni.

4.0 MISI

Merancang rekabentuk bangunan dan melaksanakan projek-projek pembangunan khas DBKK agar lebih teratur dan memenuhi kehendak sekaligus memberikan kualiti serta kepuasan kepada pelanggan khususnya dalam kawasan bandaraya.

5.0 FUNGSI BAHAGIAN

  • BAHAGIAN PROJEK KHAS
    Menyediakan lukisan cadangan rekabentuk serta merangka struktur kewangan projek serta spesifikasi bangunan yang dicadangkan.
  • BAHAGIAN PROJEK LUAR BANDAR
    Menyelia dan memantau pelaksanaan pembinaan projek.
  • BAHAGIAN PENTADBIRAN
    Bertangggungjawab dalam mengurus tadbir hal ehwal jabatan, menyelaraskan rekod  fail serta penghantaran dan penerimaan surat menyurat/memo jabatan dalaman dan luaran serta menjadi urusetia mesyuarat projek dibawah seliaan JAPK.