LATARBELAKANG DAN FUNGSI

Latarbelakang

Pada 2hb Februari 2002, Majlis Perbandaran Kota Kinabalu telah dinaiktaraf menjadi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.  Bagi maksud penubuhan dan pentdbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, satu enakmen Bandaraya Kota Kinabalu telah digubal iaitu Enakmen Bandaraya Kota Kinabalu,1996.

Berdasarkan kepada struktur organisasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ianya diketuai oleh seorang Mayor dan dibantu oleh seorang Ketua Pengarah dan empat orang Timbalan Ketua Pengarah.  Ketua Pengarah dan empat orang Timbalan Ketua Pengarah akan bertanggungjawab ke atas Jabatan yang dibahagi selaras dan mengikut pendekatan sektorial iaitu Sektor Pengurusan Kewangan, Sektor Perancangan dan Pembangunan, Sektor Khidmat Pengurusan dan Sektor Operasi.

Berkuatkuasa pada 1hb Oktober 2004 Jabatan Perundangan telah diwujudkan (sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan) dan telah diletakkan di bawah Sektor Khidmat Pengurusan berserta lima jabatan lain iaitu Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Hal Ehwal Korporat, Jabatan Teknologi Maklumat , Jabatan Perundangan dan Jabatan Penyelidikan dan Onovasi

Untuk mencapai Misi dan Visi DBKK, Jabatan Perundangan telah dibahagikan kepada enam (6) bahagian iaitu:

  1. Bahagian Tindakan Sivil
  2. Bahagian Pendakwaan
  3. Bahagian Gubalan
  4. Bahagian Perjanjian dan Kontrak
  5. Bahagian Pentadbiran
  6. Bahagian Mahkamah
    - Mahkamah Majistret
    - Mahkamah Anak Negeri Daerah

 

Objektif Jabatan Perundangan

i. Memberikan nasihat undang-undang yang sempurna dan efisien kepada Mayor dan kakitangannya untuk memastikan jentera pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu berfungsi dan berperanan sejajar selaras dengan kehendak undang-undang.

ii. Menjaga dan melindungi kepentingan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu apa-apa jua pelanggaran yang menyalahi undang-undang dan hak-hak mereka di sisi undang-undang.

iii. Menjalankan semakan ke atas Undang-Undang Kecil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu atau menggubal atau meminda berdasarkan kepada keperluan dari semasa kesemasa.
 
iv. Menjalankan pendakwaan kepada mana-mana pihak yang berhutang atau melanggar Undang-undang Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

 

BAHAGIAN-BAHAGIAN DAN FUNGSINYA:

1) BAHAGIAN SIVIL 

a) Membuat tuntutan sivil di Mahkamah Rendah terhadap hutang-hutang yang tidak dibayar terhadap individu, Syarikat atau sebagainya berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada.

b) Memberi nasihat tentang hal-hal berkaitan tuntutan sivil kepada jabatan dalaman DBKK yang berkaitan.

c) Menyediakan  saman dan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk tuntutan sivil ke Mahkamah.

d) Menyediakan notis tuntutan ke atas pemiutang sebelum memfailkan saman di mahkamah.

e) Memastikan pembayaran ke atas tunggakan hasil yang dituntut adalah teratur dan dilaksanakan sepenuhnya.

f) Bertanggungjawab memastikan semua tunggakan hasil DBKK dibayar oleh pemiutang berlandaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

g) Mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu dalam mana-mana tindakan undang-undang yang berkaitan tunggakan hasil.

h) Memastikan bahawa kepentingan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu sentiasa terjaga terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan hasil ke atas DBKK.

i) Menghadiri mesyuarat/perbincangan yang berkaitan dengan kutipan hasil DBKK.

j) Melaksanakan sebarang tugasan seperti yang diarahkan oleh Pengarah Jabatan Perundangan dari semasa ke semasa.

2) BAHAGIAN PENDAKWAAN 

a) Menyedia dan membuat pendakwaan terhadap mana-mana pihak yang telah membuat pelanggaran Undang-Undang Kecil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Ordinan-Ordinan, Enakmen dan Akta yang digunapakai oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

b) Menyedia dan membuat Kertas Pertuduhan dan saman terhadap kes seperti kompaun, berniaga tanpa lesen dan sebagainya.

c) Menyelaras perlaksanaan Perintah Mahkamah seperti Perintah Penutupan dan

d) Memberikan nasihat berkaitan dengan aduan awam yang melibatkan pelanggaran mana-mana Undang-Undang Kecil, Ordinan, Enakmen dan Akta yang digunapakai oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

e)  Menjalankan tugas-tugas seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.

3) BAHAGIAN GUBALAN 

a) Mengkaji dan membuat pindaan terhadap mana-mana Undang-undang Kecil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, mengikut keperluan semasa atau berdasarkan keputusan   pihak pengurusan selaras dengan kepentingan awam.

b) Mengkaji dan menggubal Undang-Undang Kecil mengikut keperluan semasa atau berdasarkan keputusan pihak pengurusan selaras dengan kepentingan awam.

c) Menjalankan tugas-tugas seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.

4) BAHAGIAN PERJANJIAN & KONTRAK

a) Membuat penyelidikan secara terperinci mengenai sesuatu projek atau aktiviti dari aspek perundangan sebelum sesuatu projek atau aktiviti dijalankan.

b) Menyediakan Perjanjian atau menyemak perjanjian-perjanjian yang melibatkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dengan mana-mana pihak untuk memastikan hak dan kepentingan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu terjaga.

c) Memberi nasihat kepada Mayor dan jabatan-jabatan dalaman DBKK mengenai kontrak/perjanjian yang melibatkan keperluan DBKK.

d) Menjalankan tugas-tugas seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.

5) BAHAGIAN PENTADBIRAN (PEJABAT AM)

a) Mengurus dan menyelaras jika terdapat sebarang kerosakan di ruangan pejabat Jabatan Perundangan dan seterusnya memastikan pembaikan dilakukan.

b) Mengurus dan menyelaras mengemaskini fail-fail di Jabatan Perundangan dengan memasukkan surat dan maklumat terkini ke dalam fail yang berkaitan serta menyediakan folio fail dengan kemas dan teratur.  Ini termasuklah menjaga dan mengawasi pergerakan fail di Jabatan Perundangan dan juga fail-fail dari jabatan lain yang dikemukakan kepada jabatan ini.  Merekod dan mengemaskini fail peribadi setiap kakitangan Jabatan Perundangan termasuk cuti, cuti sakit, kursus dan lain-lain yang berkaitan.

c) Mengendali/menyelaras pelupusan peralatan atau barangan pejabat mengikut tatacara pelupusan yang telah ditetapkan.

d) Mengenalpasti, menempah dan mengawal keperluan peralatan pejabat dan mengurus kelengkapan pejabat, kunci-kunci dan lain-lain yang berkaitan.

e) Mengatur kenderaan rasmi untuk pegawai-pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar pejabat.

f) Mengurus dan menyelaras Manual Prosedur Kerja (MPK) dan fail meja (FM) serta laporan bulanan setiap kakitangan sebelum dihantar kepada Pengarah Jabatan Perundangan untuk disemak dan disahkan.

g) Mengurus dan mentadbir Mini Perpustakaan Jabatan Perundangan dengan menyediakan katalog bagi semua buku Undang-Undang, Undang-Undang Kecil, Ordinan, Enakmen, Akta dan buku-buku rujukan.

h) Menyelaras pembelian statuteserta pindaan-pindaan terhadap mana-mana Undang-Undang Kecil, Ordinan, Enakmen, Akta dan sebagainya.

i) Menyelaras mesyuarat Jabatan Perundangan seperti menempah bilik mesyuarat dan menyediakan minuman dan menyediakan fail-fail untuk pegawai-pegawai yang menghadiri mesyuarat.

 

6)  BAHAGIAN MAHKAMAH BANDARAYA:

(i)   Mahkamah Majistret

a) Mengatur perbicaraan kes dan berhubung dengan Pegawai Mahkamah Kota Kinabalu dalam segala urusan Mahkamah bagi memudahkan kelancaran pesidangan Mahkamah.

b) Menyediakan Causelist sebelum Mahkamah bersidang.

c) Menyediakan Statistik bagi Kes Sivil dan Kes Saman Jabatan untuk dikemukakan kepada Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

d) Mengurus dan mengemaskini fail-fail di Bahagian Mahkamah Majistret Bandaraya/Mahkamah Anak Negeri Daerqah dengan memasukkan suarat dan maklumat terkini ke dalam fail yang berkaitan serta menyediakan folio fail dengan kemas dan teratur.

e) Mengendalikan pelupusan doket-doket ke Mahkamah Majistret Bandaraya.

 

(ii) Mahkamah Anak Negeri Daerah

a) Menyelaras pendaftaran kes-kes di Mahkamah Anak Negeri Daerah.

b) Mendaftar kes dan membuka doket  bagi setiap kes baru dan mengurus  semua proses   pendaftaran.

c) Merekodkan keputusan/hukuman ke dalam buku daftar.

d) Mengatur jadual kes mahkamah dan berbincang/berhubung dengan Pengarah Jabatan Perundangan dalam segala  urusan mahkamah.

e) Menyediakan laporan bulanan dan dikemukakan kepada Pengarah Jabatan

f) Menyediakan rekod rayuan bagi kes yang telah ditetapkan tarikh pendengaran untuk kuorum Mahkamah Anak Negeri Daerah.

g) Merekodkan dan  menyusun fail-fail di Bahagian Mahkamah dengan kemas dan teratur serta memantau dan mengawal pergerakan fail untuk Mahkamah Bandaraya

h) Mengendalikan Proses Jadual Tiga.


CARTAJPU2021